Fizz Fairuz
Fizz Fairuz

Fizz Fairuz

Dato' Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin atau dikenali sebagai Fizz Fairuz (lahir 22 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, pengacara dan ahli perniagaan Malaysia.[2] Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ngeri, kemudiannya memulakan kerjaya lakonan profesional dengan Dua Hati. Namanya mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah. Selain peranan lakonan di televisyen, Fizz juga terkenal dengan peranan filem termasuk Anak Halal (2007), Syurga Cinta (2009), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Cicakman 3 (2015) dan Munafik (2016).[3] Fizz juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, setelah 3 kali tercalon sejak 2009. Selain itu, beliau turut menyumbang kepada kemajuan dan infrastruktur di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur.[4]Fizz merupakan pengasas syarikat Rainmaker Creation Sdn. Bhd. yang mengkhususkan pengurusan dan penganjuran acara.[5] Beliau berkahwin dengan pelakon Almy Nadia pada 2014 dan hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata.[6]

Rujukan

WikiPedia: Fizz Fairuz http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fizz-fair... http://www.imdb.com/name/nm3815067/ http://ohbulan.com/fizz-fairuz-kini-bergelar-datuk... http://www.ohbulan.com/lisa-surihani-atau-fizz-fai... http://rotikaya.com/video-3-teaser-trailer-pertama... http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/S... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/fizz-fairuz-buat-l... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d...